BAB 9: Pengurusan Tingkah Laku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Kesanggupan seseorang murid  menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak. Disiplin juga boleh diertikan sebagai suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki (Foucault 1977). Dalam erti kata lain, disiplin ialah perkara-perkara yang wajar diikuti kerana ia merupakan proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna.

Image result for pengurusan tingkah laku



Terdapat tiga teori punca salah laku pelajar iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionisme. Teori fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial.Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah. 

Selain itu, teori punca salah laku pelajar yang lain ialah teori konflik. Teori konflik menyatakan bahawa devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa.

Teori punca salah laku yang terakhir ialah teori interaksionisme. Teori interaksionisme menyatakan bahawa devian merupakan suatu proses sosialPelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasiMisalnya, Pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.

Sudah terang lagi bersuluh, pengurusan tingkah laku bukannlah satu hal yang mudah untuk dilaksanakan. Ia merupakan satu proses yang panjang dan memerlukan kesabaran yang kesabaran yang tinggi. Oleh itu, sebagai seorang guru yang profesional kita wajarlah mendalami dan memahami pengurusan tingkah laku supaya kita dapat mentadbir sekolah dengan cemerlang yang sekaligus menyumbang kepada kecemerlangan negara, bangsa dan negara. 

Sekian, terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

BAB 4: Kepimpinan dan Organisasi.

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran.

BAB 3: Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar.