BAB 1: Sosiologi dan Pembelajaran.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sosialogi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka. Manakala pendidikan pula ialah suatu proses, bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar dan pendidikan sebagai suatu produk adalah kesanberlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang. Oleh itu, pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain.


Perspektif sosiologi terbahagi kepada dua iaitu mikro dan makro. Mikro sosiologi bersifat kecil dan individu manakala Makro sosiologi bersifat besar, bercorak organisasi, dan kompleks seperti peperangan dan pengangguran. Contoh bagi mikro sosiologi ialah masalah penagihan dadah kerana ia adalah masalah individu manakala contoh bagi makro sosiologi pula ialah masalah kecurian dalam masyarakat yang berpunca dari penagih dadah.


Teori utama sosiologi terbahagi kepada dua iaitu Teori Fungsionalisme dan Teori Konflik. Teori Interaksionisme Simbolik ialah asas bagi teori sosiologi, ia dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931). Teori ini mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Teori pertama sosiologi ialah Teori Fungsionalisme yang dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857). Teori ini mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada pengekalan masyarakat. Selain itu, teori lain sosiologi ialah Teori Konflik yang dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883). Teori ini menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat.
Pendidikan dilihat daripada pelbagai perspektif iaitu persepektif sosiologi yang menyatakan bahawa pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu. Selain itu, pendidikan juga dilihat dari perspektif antropologi  yang menyatakan bahawa pendidikan sebagai proses pembudayaan (enculturation) di mana ahli sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap sesuai dalam masyarakat itu. Seterusnya, pendidikan juga dilihat dari perspektif ekonomi yang mengatakan bahawa pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment), atau sebagai satu ‘consumption’. Di samping itu, pendidikan juga dilihat dari perspektif sains politik yang menyatakan bahawa pendidikan sebagai proses bagaimana sesebuah negara itu mendidik dan membina warga negaranya supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Prespektif terakhir bagi pendidikan ialah perspektif psikologi pendidikan yang merupakan asas bidang psikologi melihat pendidikan sebagai proses membantu pembelajaran seseorang murid untuk memperkembangkan potensinya dan membentuk sahsiahnya.


Kesimpulannya, masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh itu, pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4: Kepimpinan dan Organisasi.

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran.

BAB 3: Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar.