BAB 5: Pengurusan Murid.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengurusan murid adalah suatu proses yang sukar dan agak mencabar. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru yang profesional kita wajarlah menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI).Selain itu, sebagai seorang guru kita wajarlah memastikan ibu bapa dapat memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka di dalam akademik mahupun kokurikulum. Di samping itu, kita juga haruslah memastikan pelajar dapat mengetahui potensi diri masing-masing supaya mereka dapat berkembang dari segi akedemik dan kokurikulum. Terdapat beberapa aplikasi dan sistem yang berkaitan dengan pengurusan murid di sekolah iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) digunakan untuk menyimpan dan mengemaskini segala maklumat murid-murid termasuk maklumat ibu bapa/penjaga, kehadiran, dan pendaftaran. Pengguna utama APDM ialah guru kelas dan pegawai pentadbir APDM yang dilantik oleh pengetua / guru besar di peringkat sekolah. Pegawai pentadbir APDM di peringkat sekolah berperanan untuk membantu guru kelas dan pentadbir APDM di PPD dalam menguruskan data murid/ sekolah. Oleh itu, guru kelas bertanggungjawab untuk mengemaskini data murid, maklumat kelas, dan mata pelajaran murid dalam sistem APDM. Terdapat pelbagai fungsi APDM, antaranya ialah mendaftarkan guru kelas baharu, mendaftarkan kelas baharu, mengemaskini/mengesahkan data murid, menghantar laporan MBMMBI, memuat turun/ menyimpan data murid dalam format Excel, mendaftarkan/ menambah data murid baharu, mengemaskini maklumat mata pelajaran murid serta merekod eKehadiran murid. eKehadiran Murid diwujudkan untuk memudahkan guru mencatat kehadiran murid secara online
Selain itu, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) juga merupakan salah satu sistem yang berkaitan dengan pengurusan murid. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) digunakan untuk menyimpan, mengumpul dan menganalisis data keputusan peperiksaan murid di sekolah ia dilakukan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan sekolah. SAPS akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar dan prestasi pelajar secara keseluruhan yang akan memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak dan memudahkan sekolah untuk mengukur pencapaian pelajar. Hal ini sangat berkesan kerana data senang diperolehi kerana pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM boleh terus melihat prestasi sesebuah sekolah dengan hanya membuka SAPS.
Di samping itu, Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) juga merupakan salah satu daripada sistem yang melibatkan pengurusan murid. SSDM sebelum ini dikenali sebagai Sistem Salahlaku Diri Murid yang hanya tertumpu kepada masalah disiplin murid sahaja dan sistem ini ialah pangkalan data tunggal pengurusan disiplin murid, daripada peringkat sekolah hingga ke peringkat JPN. Namun, Sistem SSDM 2.0 ini mementingkan amalan baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid. Jika dahulu kita merekod masalah disiplin murid semata-mata, kini dengan versi 2.0, Amalan Baik turut direkodkan di dalam sistem.
Sumber: https://www.google.com/url?sa=i&source=imgres&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwidrO3bterhAhXLqo8KHY0ECcUQjRx6BAgBEAU&url=https%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2Fizyanbukhari%2Fpengurusan-murid-55149545&psig=AOvVaw1a49tcVQwFhswFshXLwcNj&ust=1556253368977446
Kesimpulannya, sebagai guru yang profesional kita seharusnya memanfaatkan sistem dan aplikasi yang ada supaya kerja kita dapat disiapkan dengan efektif tanpa perlu melalui banyak proses. Hal ini, akan menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit yang secara tidak langsungnya akan menyumbang kepada kemajuan bangsa, agama dan negara.
Sekian, terima kasih.

Comments
Post a Comment