BAB 2: Interaksi dan Pembelajaran.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Interaksi dalam bilik darjah amatlah penting. Interaksi bererti saling tindakan yang berlaku antara sekurang-kurangnya dua pihak. Guru perlu menggalakkan pelajar untuk berinteraksi sama ada dengan guru atau sesama rakan yang lain semasa proses P&P. Interaksi aktif sesama pelajar dapat melatih mereka berdikari dan mengalami sendiri proses pembelajaran. Interaksi di bilik darjah boleh berlaku dalam bentuk lisan atau bukan lisan.
Terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan, interaksi sosial. Interaksi sehala guru-pelajar merupakan kaedah mengajar cara lama dan pasif. Guru jenis ini amalkan pendekatan autoritarian, pelajar tiada kuasa utk berinteraksi dgn pelajar lain. Manakala, interaksi dua hala pula ialah bila guru bertanya pelajar menjawab, atau pelajar bertanya guru menjawab. Interaksi pasif seperti ini membuatkan pelajar menjadi bosan dan rimas apabila perlu memasukkan terlalu banyak fakta ke dalam minda mereka. Guru banyak mendorong pelajarnya untuk aktif seperti menyoal dan mengeluarkan pendapat. Selain itu, interaksi kumpulan juga merupakan satu jenis interaksi dalam bilik darjah. Berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan seperti membuat projek, perbincangan, simulasi, dan lain-lain. Ini bertujuan untuk menggalakan penyertaan aktif pelajar dalam PdPc. Kerja berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka dalam perbincangan manakala guru hanya menjadi pemudahcara atau fasilitator. Interaksi terakhir yang termasuk dalam interaksi bilik darjah ialah interaksi antara kumpulan. Selepas berbincang dalam kumpulan, boleh diadakan sesi pembentangan. Kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang.
Komunikasi ialah pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat atau proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa. Secara umumnya bentuk komunikasi terbahagi kepada empat iaitu komunikasi lisan (menggunakan bahasa, intonasi suara, dialek), komunikasi tanpa lisan (menggunakan – gerak isyarat (body language) contoh: senyuman, genggaman tangan, anggukan kepala, ‘eye contact’), komunikasi persuratan dan komunikasi visual. Manakala, jenis komunikasi pula terdapat beberapa pembahagian iaitu komunikasi intraperibadi (intrapersonal communication), komunikasi antara peribadi (interpersonal communication), komunikasi kumpulan, komunikasi keorganisasian.
Interaksi dan komunikasi yang hanya menggunakan akal atau hanya menggunakan perasaan akan menjadi tidak berkesan. Seseorang yang berkomunikasi dengan berkesan akan menggunakan kesemua deria manusia dengan bijaksana. Terdapat beberapa kemahiran komunikasi yang terlibat iaitu kemahiran tingkah laku (komunikasi mata, kedudukan tubuh dan pergerakan, mimik muka dan air muka, keterampilan, suara), kemahiran menimbulkan minat orang (libatkan pendengar, menghiburkan, mengenal pasti keistimewaan orang lain, membawa topik perbualan yang anda mahir), kemahiran memberi perhatian (mendengar dengan aktif, menumpukan sepenuh perhatian dengan pertembungan mata), kemahiran mendengar (membantu pengumpulan maklumat atau mesej dan memperbaiki kefahaman tentang kelakuan orang lain), kemahiran pemerhatian (pemerhatian boleh membantu mengesan maklumat bukan lisan yang dilahirkan atau tersembunyi), kemahiran mengemukakan soalan (soalan digunakan bagi mendapatkan atau memberikan maklum balas), kemahiran memberi refleksi perasaan (kemahiran membaca perasaan orang lain adalah penting untuk mendapatkan mesej yang tepat) dan akhir sekali, kemahiran memberi maklum balas (maklum balas hendaklah diberi dengan cara jelas supaya tindakan dapat diambil oleh kedua-dua belah pihak bagi memperbaiki lagi ketepatan mesej.)
Kesimpulannya, interaksi bilik darjah amat penting kerana ia membolehkan guru memotivasikan murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktivi pembelajaran dan pengajaran.
Sumber : http://www.gambarbagus.com/kumpulan-gambar-kata-kata-motivasi-tokoh-dunia-yang-inspiratif/kata-kata-motivasi-albert-einstein/
Sekian, terima kasih.

Comments
Post a Comment