BAB 4: Kepimpinan dan Organisasi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepimpinan ialah satu proses memujuk atau mempengaruhi di mana pemimpin atau kumpulan pemimpin mempengaruhi para pengikut untuk mengambil tindakan yang menjurus kepada pengukuhan matlamat pemimpin dan matlamat bersama (Sergiovanni 1989) manakala organisasi bermaksud himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.
Sumber; https://www.google.com/search?tbm=isch&sa=1&ei=y7G-XJCmIsrMvgS08bqoDw&q=gaya+kepimpinan+guru+di+sekolah+autokratik%2C+demokratik+%2C+leise+faire%2C+kotigensi&oq=gaya+kepimpinan+guru+di+sekolah+autokratik%2C+demokratik+%2C+leise+faire%2C+kotigensi&gs_l=img.3...83162.102185..102656...1.0..0.147.4363.27j24......1....1..gws-wiz-img.......0i24j35i39.x8LFfIDrQHU#imgrc=f6-3dmmEJVWFCM:
Terdapat empat gaya kepimpinan yang diamalkan di sekolah iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire dan kontigensi (mengikut situasi). Autokratik ialah pentadbiran yang berbentuk hierarki yang mementingkan kedudukan serta melibatkan komunikasi satu hala. Penentuan dasar, pelaksanaan pentadbiran, dan aktiviti - aktiviti adalah mengikut keputusan pengetua, oleh yang demikian mereka yang patuh dan tidak akan melontar idea mereka dan perkembangan idea tidak berlaku. Guru-guru sentiasa menurut arahan tanpa banyak soal kerana kawalan yang ketat oleh pengetua dan kurang mempercayai orang lain.
Selain itu, gaya kepimpinan di sekolah yang lain ialah gaya kepimpinan demokratik. Gaya kepimpinan demokratik ini ialah proses membuat keputusan menjadi lebih cepat dan lebih baik kerana gaya kepimpinan jenis ini lebih banyak berbincang, menerima dan memberi pandangan. Apabila guru - guru diberikan peluang untuk melontarkan idea mereka maka, percambahan minda akan berlaku dalam kalangan mereka dan sekolah akan lebih maju.
Seterusnya, laisez - faire juga merupakan gaya kepimpinan yang terdapat di sekolah. Laisez - faire sesuai dilaksanakan apabila melibatkan golongan profesional seperti penyelidik, pereka bentuk dan pelukis kerana pemimpin atasan akan menjadi pemerhati senyap dan membiarkan guru-guru menjalankan aktiviti mengikut inisiatif masing-masing. Pemimpin atasan kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti - aktiviti kerana mereka banyak memberikan kebebasan kepada guru - guru, mempunyai kurang unsur-unsur kawalan, dan kurang memberikan pandangan terhadap hasil kerja guru - guru semasa proses pelaksaan sesuatu kerja atau program.
Gaya kepimpinan yang terakhir yang terdapat disekolah ialah gaya kepimpinan kotengensi. Gaya kepimpinan kotengensi ialah kepimpinan perlu dilaksanakan berdasarkan kepada penganalisisan terhadap kepentingan dan keperluan-keperluan sesuatu keadaan. Pemimpin yang menjalankan gaya kepimpinan jenis ini akan menyesuaikan gaya kepimpinan mengikut keperluan atau mengikut keadaan. Gaya kepimpinan kotingensi akan berubah mengikut situasi dan mempunyai kaitan dengan faktor-faktor persekitaran, teknologi, orang-orang terlibat dan sebagainya.
Sudah terang lagi bersuluh, sebagai para guru kita wajarlah mengetahui semua jenis gaya kepimpinan di sekolah supaya masa depan sekolah, negara dan bangsa lebih maju pada masa akan datang. Oleh yang demikian, kita akan lebih matang dalam menilai jenis gaya kepimpinan yang akan dilaksanakan di sekolah kelak.
Sekian, terima kasih.

Comments
Post a Comment