BAB 8: Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjahPadang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjahPadang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjahPada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu-satu kelas.


Image result for Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran.


Sumber: https://www.google.com/url?sa=i&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwi1xaymxuvhAhWMXSsKHbALD8sQjRx6BAgBEAU&url=https%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2Fjesycanandoh%2Fkps-powerpoint-strategi-mengurus-bilik-dajah&psig=AOvVaw2RkOJDVHqmQz5o8QiPG2l3&ust=1556292171690743


Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses PdPc yang berkesan. Oleh itu, iklim bilik darjah yang sesuai perlulah dititikberatkan. Iklim bilik darjah terbahagi kepada tiga iaitu suasana fizikal, suasana sosial, suasana emosi. Suasana fizikal bilik darjah melibatkan unsur fizikal bilik darjah dan sekaligus menggalakkan atau meghalang proses PdPc. Guru berperanan untuk merancang dan menentukan susana fizikal di dalam kelas. Perancangan dan penyusunan ini melibatkan mengorganisasi, merancang serta penggunaan ABM, APD, kerusi, meja, papan tulis dan sebagainya.

Selain itu, suasana sosial bilik darjah juga merupakan salah satu jenis bagi iklim bilik darjah. Suasana sosial bilik darjah ialah proses di mana guru mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri. Sosiometri ialah teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan  individu dengan pelajar melalui Ujian Sosiometri Moreno bagi menentukan seseorang pelajar itu ahli sesuatu kumpulan atau penerimaan pada kumpulan lain. Namun, cara ini terdapat kelemahannya yang tersendiri iaitu perhubungan yang dinyatakan pelajar adalah hubungan yang dianggap pelajar itu sendiri, perhubungan yang mungkin tidak dibalas dan hubungan sehala juga mungkin akan berlaku.

Disamping itu, suasana emosi juga merupakan satu contoh bagi iklim bilik darjah. Suasana emosi lebih penting daripada suasana fizikal dan sosial kerana ia merupakan gabungan daripada berbagai-bagai perkara. Suasana emosi merupakan gabungan daripada suara, kemesraan, kelucuan, stail, penggunaan pujian, kawalan, sikap dan ekspektasi bilik darjah serta kepimpinan dan kaedah belajar seseorang guru terhadap pelajarnya.

Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting  bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan. 

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4: Kepimpinan dan Organisasi.

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran.

BAB 3: Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar.