BAB 14: Pengurusan Alam Pembelajaran.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. Tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Corak pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa. Matlamat pengajaran ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, proses pengajaran hendaklah dirancang dengan baik seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. 


Terdapat beberapa tujuan merancang suatu pengajaran iaitu guru dapat memenuhi masa yang diperuntukan di sampin guru juga boleh menepati kehendak objektif/matlamat pembelajaran.  Memastikan metod yang digunakan adalah berkesan sepanjang waktu pengajaran bagi menarik perhatian pelajar dan supaya suasana kelas tidak membosankan.

Oleh yang demikian, guru wajarlah meneliti persediaan sebelum belajar. Terdapat beberapa contoh persediaan sebelum belajar, antaranya ialah penulisan persediaan mengajar, persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar, persediaan bahan pengajaran, persediaan peralatan pengajaran, persediaan ruang pengajaran dan persediaan kemahiran dalam pengajaran.

Image result for pengurusan alam pembelajaran

Sumber: https://3.bp.blogspot.com/-HOn-OTh25vg/XBTZRZCyQwI/AAAAAAAAAHE/aySOCNeJ5i8PxYCGIUiIGzeT6qRrkw4kgCLcBGAs/s1600/13.1.JPG

Terdapat dua objektif pengajaran iaitu objektif implisit dan objektif eksplisit. Objektif implisit ialah objektif yang hendak dihasilkan secara keseluruhan bagi pelajaran ia menggunakan kata kerja bagi menerangkan pencapaian murid yang dihsratkan dari aspek kognitif, afektif, dan psikomotor. Manakala objektif eksplisit pula ialah objektif pengajaran yang dinyatakan secara khusus, berbentuk eksplisit. Objektif ini memperincikan objektif umum, ditulis dalam bentuk perlakuan yang boleh dicerap atau diukur yang menggambarkan kedalaman bidang kajian. 

Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini amat perlu dititikberatkan oleh para guru dan seluruh pendidik supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Di samping itu, segala pemindahan maklumat akan berlaku selaras dengan kehendak subjek dan ini mampu meningkatkan pencapaian murid.


Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4: Kepimpinan dan Organisasi.

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran.

BAB 3: Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar.