BAB 12: Pengurusan Pelbagai Upaya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengurusan pelbagai upaya membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.
Program pemulihan merupakan “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. Konsep pemulihan mengutamakan
Prinsip
‘Menyelesaikan
masalah
seawal
mungkin’
supaya
tidak
kronik. Perbezaan
minat,
pengalaman,
bakat
dan
gaya
belajar
mengakibatkan
segolongan
mereka
lebih
lambat
menguasai
sesuatu
kemahiran
berbanding
rakan
sebayanya. Melalui
program pemulihan
khas,
keperluan–keperluan
murid
berpencapaian
rendah
dapat
dikenal
pasti
dan
dipenuhi.
Sudah terang lagi bersuluh, pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walaubagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka. Kesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.
Pengurusan pelbagai upaya membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.
Terdapat beberapa ciri kanak - kanak yang memerlukan pemulihan iaitu rendah diri dan terlalu pasif di dalam kelas. Selain itu pelajar yang mengganggu rakan di dalam kelas juga merupakan murid yang memrlukan pemulihan. Di samping itu, kerap tidak hadir ke sekolah juga merupakan salah satu ciri bagi pelajar jenis ini. Pelajar yang lemah pemahaman terhadap pelajaran yang diajarkan kerana mereka malas dan cepat bosan juga diberikan pemulihan daripada guru - guru.
Oleh yang demikian guru haruslah memainkan peranan bagi memastikan kelancaran hal ini. Antara fungsi guru ialah menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid. Di samping itu, guru juga wajarlah membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid supaya murid akan sentiasa berfikiran positif dan berakhlak mulia di mana - mana sahaja mereka berada.
Comments
Post a Comment