BAB 11: Pengurusan Pelbagai Budaya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Menurut Kamus Dewan (4th Edition), pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis manakala budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya). Sifat budaya, yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju (akal budi). Ini adalah definisi daripada segi bahasa tetapi pelbagai budaya” dari segi istilah pula ia ditakrifkan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelempok dalam sesebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosial budaya dan menggalakkan serta menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

Manusia memang berbeza antara satu sama lain jadi guru perlulah sedar akan hakikat ini.Terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama namun hakikatnya, semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar. Terdapat banyak perbezaan di kalangan pelajar seperti bangsa, agama, taraf keluarga dan gender. Hal ini juga melibatkan golongan minoriti seperti orang kurang upaya, golongan minoriti (orang asli) dan sebagainya. Oleh yang demikian, guru perlu menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza kerana pelajar mmemerlukan bimbingan secara terus  oleh guru.

Sekolah memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar dengan cara pendidikan inklusif. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Sabri Salleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, 1996). Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. Pendidikan inklusif  merupkan salah satu falsafah sekolah jadi, ia merupakan tanggungjawab pengurusan sekolah untuk mengamalkannya.

Peranan atau implikasi pendidikan inklusif kepada  guru ialah para guru akan memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di sekolah dan guru-guru khas. Di samping itu, kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan. Oleh itu, Guru perlu menukar cara bekerja sendirian kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Tujuan pembezaan adalah untuk menggalakkan kejayaan pembelajaran. Pelajar daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza dapat membuktikan apa yang mereka tahu, faham, dan apa yang boleh mereka lakukan yang sekali gus membuka peluang kepada pelajar untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan relevan dengan kebolehan mereka.

Image result for pengurusan pelbagai budaya


Akhir sekali, sebagai para guru yang profesional kita wajarlah mengetahui dan memahami mengenai pengurusan budaya supaya supaya negara akan lebih maju, aman dan damai pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.



Comments

Popular posts from this blog

BAB 4: Kepimpinan dan Organisasi.

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran.

BAB 3: Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar.