BAB 10: Pengurusan Penasihatan Murid.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terdapat tiga komponen pengurusan penasihatan murid iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Konsep bagi bimbingan ialah bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960). Manakala ia juga boleh ditafsirkan sebagai satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya (Shertzer & Stone 1971).Menurut Mathewson, 1962 bimbingan ialah proses yang profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui pendidikan. Bimbingan juga merupakan suatu konsep yang berkaitan dengan cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al. 2006).
Selain itu, bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.
Sumber:https://www.google.com/url?sa=i&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwiplubt6ufhAhWRYysKHUYdBhkQjRx6BAgBEAU&url=https%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2FFarehana95%2Fpengurusan-penasihatan-murid-54506962&psig=AOvVaw1_Ig3KGgLm87cOJc_HTtoH&ust=1556164547316259
Di samping itu, ciri - ciri bimbingan pula ialah aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Bimbingan juga merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Di samping itu, bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya. Bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.
Seterusnya, proses bimbingan dan penasihatan akan berlaku apabila terdapat kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Disamping itu, proses ini juga akan berlaku apabila guru menguasai kemahiran - kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Proses mengenali pelajar juga merupakan salah satu proses bimbingan dan penasihatan. Proses membimbing pelajar dan analisa penilaian adalah satu proses penting bagi memastikan bimbingan dan penasihatan berjalan dengan lancar.
Kesimpulannya, pengurusan penasihatan murid merupakan satu proses yang panjang dan berterusan yang memerlukan kesabaran dan katabahan. Jadi, sebagai seorang bakal guru yang berjaya kita wajarlah melalui proses ini dengan hati yang ikhlas demi mendidik anak bangsa supaya negara kita akan lebih maju pada masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.

K
K
Comments
Post a Comment