BAB 7: Pengurusan Sumber.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sumber pembelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian, dan bahan-bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sumber pembelajaran mestilah dinilai kesesuaian penggunaannya (seperti: memenuhi kurikulum, pertimbangan sosial, dan usia pelajar) sebelum dapat digunakan di bilik darjah. Penilaian sumber pembelajaran bergantung kepada kepakaran dan penilaian profesional guru. Penggunaan sumber pembelajaran difokuskan kepada pelajar bagi memudahkan aktiviti pembelajaran, mencapai tahap kefahaman yang tinggi, seterusnya mencapai pembelajaran berkesan.

Terdapat beberapa kepentingan sumber pembelajaran iaitu merangsang minat pelajar untuk belajar, menyediakan pengalaman sebenar kepada pelajar, melibatkan pelajar belajar secara aktif, memberi peluang pelajar belajar mengikut keupayaan serta lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.


Image result for pusat sumber sekolah
Rajah 1: Contoh Pusat Sumber Sekolah
Sumber: https://www.google.com/search?q=pusat+sumber+sekolah&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiHvtTs3-fhAhUDfX0KHZwnBpQQ_AUIDigB&biw=1536&bih=754&dpr=1.25#imgrc=XJAMVxrV7GSndM:

Konsep pusat sumber sekolah ialah tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa. Perkhidmatan yang ditawarkan di pusat sumber sekolah membolehkan pelajar dapat mengamalkan kemahiran dalam pembelajaran serta koleksi bahan yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Pusat sumber juga merupakan agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat murid dalam pembelajaran. Pusat sumber juga haruslah menyediakan kemudahan fizikal seperti bilik khas, menyediakan bahan cetak dan bukan cetak, pengurusan pusat sumber mestilah teratur (diketuai pengetua/guru besar kakitangan terlatih – kelulusan khas) serta menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan.

Selain itu, pusat sumber juga ada objektifnya yang tersendiri iaitu membantu pelaksanaan proses PdPc berkesan. Pusat sumber sekolah juga mampu memupuk minat membaca dan belajar sendiri melalui sumber dalam kalangan murid. Objektif lain bagi pusat sumber ialah memupuk kemahiran penyelidikan, penyiasatan, dan mencari maklumat di samping memupuk keyakinan diri murid.

Seterusnya, fungsi pusat sumber sekolah pula ialah untuk mengumpul bahan pembelajaran menerusi pembelian atau barangan terpakai. Pusat sumber sekolah juga akan mengorganisasi bahan-bahan pembelajaran secara sistematik di samping menyebarkan maklumat berkenaan bahan yang terdapat di pusat sumber sekolah. Fungsi terakhir pusat sumber sekolah ialah untuk memberi panduan, bimbingan, dan nasihat penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kesimpulannya, pusat sumber sekolah adalah satu komponan yang penting bagi sesebuah sekolah kerana pusat sumber merupakan tempat pengumpulan ilmu bagi para pelajar. Di samping itu, pusat sumber juga menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi pelajar yang mampu mengembangkan lagi potensi mereka demi kemajuan negara, bangsa dan agama.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4: Kepimpinan dan Organisasi.

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran.

BAB 3: Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar.