BAB 13: Sekolah dan Persekitaran.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hubungan tiga dimensi dibentuk antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Hubungan ini dibina adalah untuk mencapai matlamat atau objektif yang sama. Oleh itu, perlu ada hubungan yang mantap dan akrab antara tiga pihak ini supaya gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat terbentuk. Masyarakat juga akan memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’.


Terdapat beberapa matlamat perkongsian antaranya ialah sekolah sebagai sebuah institusi sosial
tidak wujud bersendirian dan memerlukan bantuan serta hubungan baik pelbagai pihak. Di samping itu, sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham).  Hal ini juga penting kerana institusi ini memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya. Firman Allah dalam surah Al-Ma’idah ayat 2 ialah“Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa atau permusuhan”. Selain itu, firman Allah dalam surah As-Saff ayat 4 pula ialah"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi,seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh".


Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan masyarakat. Hal ini kerana, melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999). Hubungan Sekolah & Ibu Bapa (PIBG) juga adalah penting bagi sebuah institusi persekolahan. Hal ini kerana, ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Selain itu, salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapaTindakan PIBG ialah membela nasib guru yang bersemangat supaya mereka selesa ketika bertugas. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru kerana perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi  mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapiKepakaran dan pengalaman anggota   masyarakat amatlah dialu-alukan. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajarPersatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.


Image result for kepentingan pibg


Di samping itu, peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada
kemajuan dan pencapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang. Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesanSebarang perbezaan dari segi pandangan  dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang supaya dana  persatuan dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan dapat ditambahkan. Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG. 


Kesimpulannya, Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat Malaysia yang majmuk.


Sekian, terima kasih. 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4: Kepimpinan dan Organisasi.

BAB 3: Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar.