BAB 3: Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pengurusan ialah aktiviti yang sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus tentang sesuatu masalah (Ahmad Mahdzan, 2004) manakala menurut Robbins (1984), pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat. Pengurusan juga ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).

Kaedah pengurusan yang biasa dipakai dalam bidang perguruan terbahagi kepada dua iaitu pendekatan dan kaedah pengurusan serta pendekatan dan kaedah khusus. Pendekatan dan kaedah pengurusan terbahagi kepada empat iaitu berpusatkan pelajar, berpusatkan bahan, berpusatkan guru serta berpusatkan pelajar, bahan dan guru. Manakala, pendekatan dan kaedah khusus juga terbahagi kepada empat iaitu pengurusan bahan pembelajaran, pengurusan tempat, pengurasan masa dan pengurusan siapa yang mengajar.

Oleh itu, Guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus tujuh jenis pengetahuan iaitu pengetahuan mengenai pelajar dan pengetahuan mengenai pedagolgi pengajaran abad ke 21. Disamping itu, guru yang profesional juga haruslah mempunyai pengetahuan tentang kurikulum dan konten - pedagolgi. Selain itu, guru yang profesional juga wajarlah menguasai kandungan mata pelajaran serta konteks pendidikan di Malaysia.Akhir sekali, tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia juga wajarlah dikuasai oleh seorang guru profesional.

Dek kerana kemajuan yang melampau pada zaman ini, jadi sekolah lebih sukar untuk ditadbir. Menurut Sharpe (1989), ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir ialah kerana sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia disamping, kumpulan sasaran manusia iaitu kanak - kanak dan remaja yang kompleks yang menjadikan hal yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah lebih mencabar. Matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan berkait dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia. Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara. Jadi, ini merupakan satu cabaran yang sangat besar bagi para guru untuk mendidik anak bangsa dengan tulus dan ikhlas.

Image result for Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar.

Sumber: https://www.google.com/url?sa=i&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwjEt9mJoerhAhUKq48KHbybAd8QjRx6BAgBEAU&url=%2Furl%3Fsa%3Di%26source%3Dimages%26cd%3D%26ved%3D%26url%3D%252Furl%253Fsa%253Di%2526source%253Dimages%2526cd%253D%2526ved%253D2ahUKEwibkKWCoerhAhWJqY8KHQkUBbMQjRx6BAgBEAU%2526url%253Dhttps%25253A%25252F%25252Fwww.slideshare.net%25252F1232747313%25252Fpengurusan-dan-pembelajaran-pelajar-kps3014%2526psig%253DAOvVaw3TA4u5PLi7jAqe_fgiP7SF%2526ust%253D1556247782127347%26psig%3DAOvVaw3TA4u5PLi7jAqe_fgiP7SF%26ust%3D1556247782127347&psig=AOvVaw3TA4u5PLi7jAqe_fgiP7SF&ust=1556247782127347

Manakala menurut Abd Rahim Abd Rashid (2001), pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk sesebuah sekolah organisasi yang dinamis. Sebuah sekolah yang dinamis ialah sebuah sekolah yang mempunyai pengetahuan yang baru, mengamalkan budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat berlaku dengan pesat serta berlakunya pembangunan potensi manusia. Namun,menurut Senge (2000), sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, masih konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa. Oleh itu, pengurusan strategik di kalangan pengurus di sekolah sekolah amat penting  bagi wujudkan sekolah yang berkesan.

Kesimpulannya, pengurusan sesebuah sekolah dan pembelajaran pelajar adalah satu proses yang kompleks dan berterusan. Jadi, sebagai bakal guru yang bertauliah kita wajarlah mendalami ilmu mengenai pengurusan dan pembelajaran pelajar supaya negara, agama dan bangsa lebih maju pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4: Kepimpinan dan Organisasi.

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran.