BAB 6: Pengurusan bilik darjah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengurusan bilik darjah melibatkan proses penyusunan fizikal, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Tujuan pengurusan bilik darjah ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.
Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Pengelompokan murid dibuat berdasarkan tahap kebolehan atau minat. Jenis kumpulan dapat dibahagikan dalam tiga kategori iaitu mengikut kebolehan, pelbagai kebolehan dan mengikut minat. Kumpulan mengikut kebolehan terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti PdPc dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan mereka. Murid dilabel sebagai murid dalam kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.
Selain itu, kumpulan pelbagai kebolehan juga merupakan salah satu jenis bagi kumpulan pelajar. Kumpulan pelbagai kebolehan terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada murid - murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada yang pandai melukis, dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. Kumpulan jenis ini dibentuk berasaskan tugasan yang diberi.
Di samping itu, jenis lain bagi kumpulan pelajar yang dibentuk ialah kumpulan mengikut minat. Kumpulan ini dibentuk berdasarkan minat. Misalnya dalam mata pelajaran pendidikan seni dan muzik. Kumpulan ini boleh bersifat kekal atau sementara berdasarkan aktiviti, kehendak serta keperluan guru dan murid.
Sumber: https://www.google.com/url?sa=i&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwitw52F8-rhAhUMRY8KHRWIA_8QjRx6BAgBEAU&url=https%3A%2F%2Fwww.sistemguruonline.my%2F2018%2F01%2Fsusun-atur-meja-kelas-pak-21.html&psig=AOvVaw0OPTsDbp3MnQIiXOOFdsaY&ust=1556269800451135
Namun, terdapat juga satu jenis pengajaran yang lain iaitu pengajaran individu. Setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita, dan minat. Setiap murid berhak mendapat peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh. Oleh itu, pengajaran individu akan menyebabkan murid menguasai kemahiran mengikut tahap kebolehan mereka. Guru harus menyediakan situasi pembelajaran yang merangsang murid untuk belajar.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara belajar yang digunakan di sekolah. Jadi sebagai bakal guru kita wajarlah mengetahui dan mendalami kesemua cara belajar dan menggunakannya pada waktu yang sesuai supaya semua pelajar dapat memahami apa yang hendak diajarkan.
Sekian, terima kasih.

Comments
Post a Comment