Posts

Showing posts from April, 2019

BAB 14: Pengurusan Alam Pembelajaran.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas.  Tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Corak pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa.  Matlamat pengajaran ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia.  Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan.  Oleh itu, proses pengajaran hendaklah dirancang dengan baik seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.  Terdapat beberapa tujuan merancang suatu pengajaran iaitu guru dapat memenuhi masa yang diperuntukan di sampin guru juga boleh menepati kehendak objektif/matlamat pembelajaran.  Memastikan metod yang digunakan adalah berkesan sepanjang waktu pengajaran bagi menarik perhatian pel

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hubungan tiga dimensi dibentuk antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Hubungan ini dibina adalah untuk  mencapai matlamat atau objektif yang  sama. Oleh itu,  perlu ada hubungan yang mantap dan   akrab antara tiga pihak ini supaya g abungan strategik yang membawa faedah  sinergi kepada semua pihak yang terlibat terbentuk.  Masyarakat juga akan memiliki ‘ sense of belonging ’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘ effectiveness, continues improvement and sustainable change ’. Terdapat beberapa matlamat perkongsian antaranya ialah s ekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian dan memerlukan bantuan serta hubungan baik pelbagai pihak. Di samping itu,  sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham) .  Hal ini juga penting kerana institusi ini  memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya

BAB 12: Pengurusan Pelbagai Upaya.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengurusan pelbagai upaya m embincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas .  Program-program   pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal , intelek , emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas . Program pemulihan merupakan “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. Konsep pemulihan m engutamakan Prinsip ‘ Menyelesaikan masalah seawal mungkin ’ supaya tidak kronik .  Perbezaan minat , pengalaman , bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih la

BAB 11: Pengurusan Pelbagai Budaya.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menurut Kamus Dewan (4 th Edition), p elbagai bermaksud perihal pelbagai jenis manakala b udaya pula ditakrifkan sebagai  tamadun , peradaban , kemajuan fikiran , akal budi ( cara berfikir , berkelakuan , dan sebagainya ). S ifat budaya , yang mengenai kebudayaan , (yang) sudah maju  ( akal budi ).  Ini adalah definisi daripada segi bahasa tetapi “ pelbagai budaya ” dari segi istilah pula ia ditakrifkan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelempok dalam sesebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosial budaya dan menggalakkan serta menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Manusia memang berbeza antara satu sama lain jadi g uru perlulah sedar akan hakikat ini. Terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti keb

BAB 10: Pengurusan Penasihatan Murid.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terdapat tiga  komponen pengurusan penasihatan murid iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Konsep bagi bimbingan ialah b antuan seseorang yang  memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya  sendiri  (Crow &  Crow 1960). Manakala ia juga boleh ditafsirkan sebagai s atu  proses menolong individu untuk  memahami diri  dan alam  sekelilingnya (Shertzer & Stone 1971).Menurut Mathewson, 1962 bimbingan ialah p roses  yang profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui  pendidika n. Bimbingan juga merupakan s uatu konsep yang berkaitan dengan cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al. 2006 ). Selain itu,  bimbingan  diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesu

BAB 9: Pengurusan Tingkah Laku.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disiplin ialah p eraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik.  Kesanggupan seseorang murid   menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak . Disiplin juga boleh diertikan sebagai  s uatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki (Foucault 1977 ). Dalam erti kata lain, disiplin ialah  perkara-perkara yang wajar diikuti kerana ia merupakan  proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna. Sumber:  https://www.google.com/url?sa=i&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwiC8tHNzOvhAhVJr48KHeZ_CBMQjRx6BAgBEAU&url=https%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2Fumagul%2Fpengurusan-tingkah-laku-52740259&psig=AOvVaw01PGyj2D5LDjZeo2C5Mwjr&ust=1556293572026144 Terdapat tiga teori punca salah laku pelajar iaitu teori fungsionali

BAB 8: Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah .  Padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah .  Padang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah .  Pada dasarnya , sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi , meja palajar , meja guru, papan hitam , alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam  satu-satu kelas . Sumber:  https://www.google.com/url?sa=i&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwi1xaymxuvhAhWMXSsKHbALD8sQjRx6BAgBEAU&url=https%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2Fjesycanandoh%2Fkps-powerpoint-strategi-mengurus-bilik-dajah&psig=AOvVaw2RkOJDVHqmQz5o8QiPG2l3&ust=1556292171690743 Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses PdPc yang berkesan. Oleh itu, iklim bilik darjah yang sesuai perlulah dititikberatkan

BAB 7: Pengurusan Sumber.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sumber pembelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian, dan bahan-bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sumber pembelajaran mestilah dinilai kesesuaian penggunaannya (seperti: memenuhi kurikulum, pertimbangan sosial, dan usia pelajar) sebelum dapat digunakan di bilik darjah. Penilaian sumber pembelajaran bergantung kepada kepakaran dan penilaian profesional guru. Penggunaan sumber pembelajaran difokuskan kepada pelajar bagi memudahkan aktiviti pembelajaran, mencapai tahap kefahaman yang tinggi, seterusnya mencapai pembelajaran berkesan. Terdapat beberapa  kepentingan sumber pembelajaran  iaitu merangsang minat pelajar untuk belajar, menyediakan pengalaman sebenar kepada pelajar, melibatkan pelajar belajar secara aktif, memberi peluang pelajar belajar mengikut keupayaan serta lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar. Rajah 1: Contoh Pusat Sumber Sekolah Sumber:  https://www.go

BAB 6: Pengurusan bilik darjah.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengurusan bilik darjah melibatkan proses penyusunan fizikal, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Tujuan pengurusan bilik darjah ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Pengelompokan murid dibuat berdasarkan tahap kebolehan atau minat. Jenis kumpulan dapat dibahagikan dalam tiga kategori iaitu mengikut kebolehan, pelbagai kebolehan dan mengikut minat. Kumpulan mengikut kebolehan terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti PdPc dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan mereka. Murid dilabel sebagai murid dalam kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. Selai